"Saat penguasa mula terdesak" merupakan antara artikel aku yang mendapat rating tertinggi pembacaannya.Kerana apa? Artikel itu menceritakan sejarah, bagaimana perilaku sang penguasa zalim akan bertindak bila berdepan dengan situasi mendesak.
Sejarah juga membuktikan bagaimana arus kebangkitan rakyat serta musibah yang Allah turunkan hingga membawa kepada runtuhnya kerajaan zalim, walaupun sang penguasa "cuba menongkat langit" mempertahankan kekuasaan dengan cara mencengkam rakyat dengan lebih keras.
Namun kuasa Allah melebihi segalanya, suara rakyat merupakan suara keramat.kebangkitan rakyat menentang pemerintah zalim adalah merupakan antara musibah yang Allah janjikan kepada sang penguasa penindas.
Beberapa hari ini kita ditayangkan dengan siri tangkapan para pejuang perubahan. Seperti biasa mereka ditahan tanpa bicara, dan alasan klisenya "mereka boleh mengancam keselamatan negara".hmm...
Bagi aku, dalam melihat senario terkini politik Malaysia, ini merupakan perkara biasa. aku akan berasa aneh kiranya tiada adegan tangkapan seperti sekarang. Mengapa? Kerana, jika Malaysia ini sistem kehakimannya punya ketelusan, punya kebebasan media, punya hak bersuara dan I.S.A. dimansuhkan, bermakna UMNO telahpun selamat dimuziumkan.
Jadi Sekarang UMNO masih berkuasa, maka kita terpaksa akur... bukankah majority pengundi Malaysia yang memilih UMNO-BN untuk terus berkuasa! walau tidak punya 2/3 suara diparlimen? Oleh yang demikian kita wajib taat kepada penguasa UMNO yang jelas zalim, walaupun kita tidak memangkah malah memandangpun lambang dacing semasa pilihanraya umum yang lalu.
Kita harus hormati para pengundi yang harga maruahnya mungkin sekitar RM200, dengan modal sebanyak itulah mereka telah menggatalkan tangan memangkah lambang dacing tersebut. Kerana mereka mahu dilayan selaku RAJA SEHARI, dipayung dan dihantar oleh kereta berlambang dacing..diberikan wang saku maka kita semua terpaksalah menjalani kehidupan seperti KHADAM selama 5 tahun.
Kini ekonomi negara kian parah, inflasi tinggi seiring dengan harga bahan api yang merupakan keperluan asas rakyat. Menjelang sambutan hari raya tahun ini, mula terdengar rintihan hati rakyat yang mengeluh.. mungkin terpaksa membatalkan niat beraya dikampung.
Air mata ayah dan bonda juga pastinya turun mencurah dipagi raya mengenangkan rengekkan cucu kesayangan yang terpaksa beraya dibandar.
Sampai bila kita akan berkeadaan begini? sampai kapan pak! entahlah... nasib...nasib...



