Isnin, 11 Ogos 2008

khabarkan pada mereka keindahan islam!!


Mari kita anjurkan satu forum Negara berkebajikan mengikut sudut islam. Kita jemput semua NGO,badan politik serta orang ramai hadhir mendengar apa itu keADILan yang dimaksudkan dalam Islam.

kita beritahu mereka konsep negara islam yang Nabi S.A.W. tubuhkan diMakkah dan Madinah. Apa jaminan Nabi pada orang bukan islam ketika itu, dan bagaimana sistem perundangan islam yang Nabi laksanakan mengikut Al Quran.

Aku percaya kesemua permasalahan atau isu-isu yang terbuku dibenak orang bukan islam sudah tersedia jawapannya.Dan inshaAllah, mereka akan menerima islam dengan tangan terbuka. Apa yang berlaku sekarang, adalah merupakan hasil dari pemerintahan UMNO-BN yang mengamalkan sistem pecah perintah ajaran penjajah. kita diblokkan mengikut kaum, lebih teruk lagi para ulama diblokkan disatu daerah yang hanya menjaga serta mengawal hal-hal berkaitan puasa,sembahyang dan zikir. Hal pentadbiran pula dijalankan oleh satu puak yang digelar kononnya profesional.

Inilah yang dipanggil sekular,sistem pemerintahan negara tidak merujuk mana-mana kitab ugamapun,baik islam,Budha ataupun Kristian. Sistem dijalankan menggunakan akal manusia,setiap perkara hanya dipandang melalui logik sahaja.

Sengaja dipecah perintahkan atau diblokkan kita semua agar kita tidak bersatu dan mengetahui kebenaran lantas mencabar kekuasaan mereka. Dengan cara ini kita akan terus saling curiga mencurigai antara satu sama lain.

Mari kita pecah blok-blok yang menjadi batu penghalang kepada penyatuan kita. Islam sentiasa mengamalkan budaya berwacana mencari kebenaran, islam itu sungguh toleransi dan indah.justeru memperkenalkan keindahan islam serta menjawab setiap persoalan dengan hati yang dingin merupakan satu cabang jihad.

Bersama kita membina dan menegak syiar islam.

Allahhuakbar!

Ahad, 10 Ogos 2008

PPAUH: pertembungan klasik...

Pertembungan klasik yang dinanti oleh semua, antara Anwar dan Najib. Mutakhir ini nama kedua tokoh ini sering menjadi tajuk bualan rakyat tak kira dimana sahaja, samada kedai kopi, kedai runcit hingga ke belakang rumah tatkala che kiah dan che jah menjemur kain.

Kedua mereka pernah menjadi sahabat dan rakan sekerja diakhir era emas Pemuda UMNO hujung tahun 80an. Anwar merupakan Ketua Pemuda dan Najib timbalannya, Era ini menyaksikan suara Pemuda UMNO bergema laksana suara keramat! Pemuda UMNO digeruni dek kerana kelantangannya membela hak Melayu, walaupun Anwar tidak pernah waima sekalipun mencabut "Keris".

Tahun ini nampak perubahan, kalau dulu mereka bekerja ( Sebenarnya harap Anwar je yang lantang, kalau nak harap Najib alamat lingkuplah Pemuda UMNO tu) bersama, kini mereka bertembung! Pertembungan antara rakyat dan bangsawan, Anwar nerasal dari keturunan rakyat kebanyakkan manakala Najib berdarah Bangsawan. Uniknya pertarungan ini melibatkan Anwar secara langsung dan Najib hanya bertindak selaku jeneral perang buat UMNO.

Bertambah sengit pertarungan ini bilamana ianya merupakan yang terakhir buat kedua tokoh ini. Keduanya berada hampir dengan Impian, Anwar sedari dulu sentiasa menggalas harapan rakyat dalam perjuangannya, oleh yang demikian beliau tersungkur diterajang penguasa ZALIM.Najib merupakan tokoh yang cukup berhati-hati membuat percaturan karier politiknya, dek kerana mempunyai sang ayah berjiwa rakyat- Najib hanya perlu memakai gelaran sang ayah demi merealisasikan impian bergelar orang nombor 1.(mudahnyeee..)

Kini nasib mereka bakal ditentukan oleh rakyat Permatang Pauh, Samada mahukan pemimpin berdarah rakyat atau Bangsawan menjadi orang yang ke Putrajaya.Samada mahukan keADILan tertegak dibumi Malaysia atau dasar menindas penguasa gila terus mencengkam rakyat!

Jumaat, 8 Ogos 2008

SUSAHNYA ANWAR IBRAHIM

Dilahirkan pada 10 ogos 1948 disebuah perkampungan yang digelar cherok to'kun, Anwar Ibrahim memulakan kehidupan susahnya. Semangat memberontak yang mahukan pembaharuan melalui perubahan, menjadi sifatnya sejak belasan tahun lagi.



Anwar mula mencari susah dengan membuat pembelaan terhadap rakyat Baling di tahun 1974, Walhasil beliau merengkok dalam tahanan I.S.A. hampir 2 tahun. Anwar seolah tidak serik, maka digerakkan satu gagasan anak muda yang memakai gelaran "ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA atau ABIM, bagi terus memacu gerakkannya menentang keZALIMan.



Tindakkan Anwar cukup menyesakkan sang pemerintah, lantas diberi tawaran menyertai kerajaan. Tujuannya untuk menutup mulutnya dari terus mengkritik kerajaan. Anwar kemudiannya diletakkan dalam "sangkar emas" serta dikelilingi pegawai khas untuk memantau pergerakkannya. Dia dilimpahkan dengan kemewahan, tapi Anwar tetap AN-WAR. Prinsip membela nasib rakyat cukup teguh dalam hatinya, maka sewaktu Mahathir bercuti, Anwar telah membentangkan satu "akta pencegahan rasuah" diParlimen. Akibatnya Anwar terpelanting dari kerusi mewahnya, Bagi menambah keperitan Anwar, sang penguasa melemparkan tuduhan yang cukup aib- agar kehidupannya terus terseksa


Penguasa mula hilang akal tatkala melihat dokongan rakyat terhadap Anwar, lantas Anwar dihenyak, dipukul dan dihumban kepenjara selama 6 tahun. Anwar bisa menjadi Perdana Menteri dengan hanya melafazkan "na'am Amin" setiap perintah dan kata-kata sang penguasa, namun perangai melawan arus membuatkan hidupnya SUSAH.



Sememangnya dilhat pada zahir, Anwar orang yang senang. Punya mobil dan rumah besar (itupun setelah berhempas pulas mencari rezeki ditempat orang) Namun Anwar tetap orang susah. Kini disaat usia 61 tahun yang sepatutnya menghabiskan masa dengan cucu, Anwar masih bergelut kepayahan. Impiannya mahu melahirkan Malaysia sebuah negara maju melalui konsep keADILan pada yang haq masih meluap. Impiannya melahirkan anak bangsanya menjadi tokoh cerdik pandai yang terkenal seantero dunia masih membara.



Dengan tekanan maha hebat ini, Mampukah Anwar?

Rabu, 6 Ogos 2008

saat PENGUASA mula terdesak....

Kalau disingkap kesemua sejarah empayar zalim didunia, saat kejatuhan mereka sering disulam dengan peristiwa zalim! Namrud sanggup membuat kawah api yang besar semata-mata mahu membakar Ibrahim, Firaun pula sanggup mengejar dengan gerombolan tentera yang besar demi membunuh Semua pengikut berserta Musa yang tidak bersenjata. Mereka seolah hilang akal bilamana kekuasaan mereka tergugat.



UMNO merupakan parti tertua diMalaysia, berusia 62 tahun sejak dari awal kelahirannya pada 11 mei 1946. Mendapat kuasa memerintah melalui "muzakarah" dengan British. 51 tahun merupakan tempoh berkuasanya UMNO dimuka bumi Malaysia tercinta ini.



Dalam tempoh itu telah melahirkan banyak jutawan segera Melayu hasil dari menjarah serta memunggah khazanah negara, mereka ini terdiri dari orang yang punya pertalian dengan tokoh pimpinan UMNO. Tokoh pemimpin UMNO juga tidak kurang hebatnya, mereka bergaya dengan kereta besar serta disaluti pelbagai lambang kemewahan disaat rakyat bergelut dengan kepayahan.Rasuah seolah tidak dapat dipisahkan dengan UMNO, menjadi satu kerugian tatkala masuk UMNO tidak kaya.



Justeru banyak kepincangan yang dilakukan UMNO terhadap negara, kesemua sistem diperkuda semahunya bagi memuaskan nafsu serakahnya. Setelah diulit dengan kesenangan, UMNO tidak mungkin dapat menerima saat kejatuhannya.



Lantas mereka akan guna segala bentuk perencanaan jahat demi mempertahankan kekuasaannya, walaupun terkadang perencanaan itu jelas diluar kewarasan fikiran. Akan dikerah semua jentera yang ada untuk menghancurkan pihak yang menggugat mimpi indah mereka.



Bagi aku "tidak akan ada keADILan kiranya tidak melalui tempoh KEZALIMAN!' setiap kejayaan memerlukan pengorbanan, Jenis pengorbanan itu bergantung pada kekuatan sesuatu kejayaan.

Isnin, 4 Ogos 2008

PERMATANG PAUH: ezam takut jumpa ANWAR


Benarkah Ezam nak Lawan Anwar di Permatang Pauh? Kalau soalan ini diajukan pada aku, jawapan ikhlas aku ialah:-TIDAK!!. Sebenarnya Ezam terpaksa memukul canang kesana-sini kononnya sangup berdepan dengan mentornya itu, dek kerana mahu mengelak dari dipilih menjadi calon UMNO-BN.

Ezam juga tahu bahawa seluruh pengundi Permatang Pauh sedang menantinya untuk dimandikan. Maka Ezam terpaksa mencari jalan keluar yang selamat .Menyedari kemasukkannya masih diragui oleh ramai pimpinan tertinggi malah bahagian dan cawangan UMNO-BN,Lalu Ezam sengaja memekik menyatakan kononnya bersedia untuk BERTANDING menentang mentornya itu.

Dengan cara ini sudah tentu pimpinan UMNO akan menolak permintaan Ezam , kerana takut kekalahan besar Ezam membawa keruntuhan moral kepimpinan UMNO-BN. Akibatnya Anwar akan disanjung serta moral penyokongnya untuk membenamkan UMNO-BN bertambah kuat.

Ezam juga mahu menjaga reputasinya selaku pemain politik popular, Kiranya Ezam tidak dipilih menentang gergasi rakyat itu,kredit politiknya akan naik mendadak.

Dengan rengekkan pimpinan UMNO bahagian Permatang Pauh yang mahukan calon tempatan, membuatkan Ezam menarik nafas lega. Taktik putar alamnya berjaya lagi, taktik ini samalah dengan peristiwa 6 kotak, dulu kata ada! sekarang kata pernah nampak dalam simpanan Anwar Ibrahim. alahai...

Ahad, 3 Ogos 2008

EZAM SAYANG ANWAR

Sedang aku menghirup air teh tarik bersama seorang teman sambil menikmati suasana petang, telifon bimbit aku menjerit minta dijawab. Lantas aku capai dan menekan punat hijau bagi menjawab pangilan tersebut.

"jom pegi ceramah Ezam kat kundang malam ni nak?" kata suara itu. Perasaan aneh mula terdetik dihatiku,kerana yang empunya suara itu merupakan Ustaz PAS yang cukup terkenal dengan kelantangannya dalam menentang UMNO-BN. Mana mungkin boleh berubah nada,adakah Ustaz juga antara pengkagum Ezam? persoalan mula timbul dalam benak fikiranku.

Aku ajukan soalan mencari kepastian,"anta betul ke tidak ni?" Jawab Ustaz "laa takan ana g dengarpun salah? kita harus dengar apa yang mat Ezam nak mengarut malam ni. okay. ana ambil anta lepas isya."

Aku terus bersetuju untuk menghadiri program retorik tajaan UMNO itu. Kerana ingin melihat samada Ezam sudah berubah nada daripada ANWAR kepada Pak LAH.

Seperti yang dijanjikan aku tiba ditempat ceramah, kulihat berpuluh ribu [ tak caya tanya utusan meloya] hadir mendengar ceramah Ezam.Dicelah keramaian itu, aku terdengar bisikan dari kalangan hadirin;-"agaknya apa jenis sumpah yang Ezam nak sebut malam ni ye?".

Hancur punah perasaan aku tatkala Ezam mula berceramah, yang kuharap suara Ezam bertukar menjadi Pak LAH atau setidaknya Najib [paling komanpun] tak kesampaian. Ezam masih mengekalkan momentumnya selaku peniru, tercungap terkadang tersembur Ezam mendeklamasikan suara dan cara sifunya ANWAR IBRAHIM. terjengket-jengket kakinya menggayakan cara sifunya itu berpidato.

Isu yang dibawa Ezam ibarat menangguk diperigi buta, atau lebih mudah ketandusan idea. Ezam hanya mampu mengulangi ulasan warta berita RTM dan tv3 dalam ceramahnya.Sedang orang ramai yang berada luar dari perkarangan tapak ceramah [mereka geli duk dalam, sebab tempat UMNO] mula mengajuk dengan disambut ketawa yang berdekah-dekah bilamana Ezam mula memuji Pak LAH dan Najib selaku orang yang cerdik dan "bersih".[bukankah Ezam cakap diorang berduani BAPAK PENYAMUN? oh! itu dulu]

Ezam bertempik sambil menjengketkan kakinya yang sedia pendek itu, mengatakan bahawa dirinya tidak hairan dengan Angkatan Muda keADILan, Baginya mereka angkatan tempang! malah Ezam menggelarkan Angkatan Muda keADILan sebagai cicak mengkarung.[haii...biarlah kami jadi cicak mengkarung,daripada jadi sesumpah yang gemar menyalin kulit].Ezam mendabik dada mengatakan bahawa beliaulah orang dibarisan depan bilamana FRU menghayunkan belantannya[FRU tu kan tunggangan UMNO-BN?] malah beliau dihumban kepenjara kerana mendedahkan 6 kotak fail rasuah UMNO-BN![abistu pasai apa hang duk ngan UMNO?].

Ezam tidak mahu dikatakan kuno,oleh yang demikian beliau juga mengambil kesempatan mengulas isu liwat, Ezam cuba memberikan keraguan dalam kes ini. sambil berulang kali mengatakan tidak menyebelahi Saiful,Ezam berhujah dengan kedangkalannya sambil memenangkan Saiful [relevanke?]

Paling menarik dalam setiap ceramah Ezam bila tiba acara bersumpah! bersumpah sudah menjadi "trade mark" Ezam. Ezam mengugut kiranya keluar dari mulut Wan Azizah atau Anwar yang mengatakan beliau terlibat dengan konspirasi ini, maka Ezam akan BERSUMPAH dengan cara islam seislamnya [ooo selame ni cara kristianke Ezam bersumpah,takpun cara budha]

Selesai acara ceramah komedi ini, seperti biasa Ezam dihadiahkan cenderamata oleh juak-juak UMNO yang pernah ezam menyumpah dulu. Mungkin hadiah ini sebagai azimat kekuatan buat Ezam agar meneruskan perjuangan sumpah-seranahnya yang entah bila akan selesai.[bila jadi senator kot]

Kesimpulan yang aku dapat malam ini,Ezam masih sayang Anwar. kalau tidak masakan Ezam terus menerus meniru segala ayat malah suara Mentornya itu.Aku yakin dan percaya Anwar juga sependapat dengan ku, bahawasanya Ezam sedang cari makan biarkanlah...

Sabtu, 2 Ogos 2008

ANWAR: memburu impian

Sekali lagi rakyat Permatang Pauh berdepan dengan peperangan, Pertarungan diantara anak kelahiran permatang pauh dengan penguasa yang memukul dan menghumbannya kepenjara.

Tidak seperti PRU yang lepas, penglibatan Anwar kali ini ibarat "memburu impian", Impian yang hampir terlaksana 10 tahun lalu, tapi terbantut kerana arus konspirator begitu deras. Tidak ramai yang mengalami nasib sepertinya, dijatuhkan kemudian dilempar fitnah yang membawanya terhumban kepenjara selama 6 tahun, namun masih punya peluang kedua untuk menggapai impian ke PutraJaya.

Pastinya pihak penguasa tidak akan memberi laluan mudah buat Anwar. Medan tempur ini tentunya disulam dengan serangan peribadi untuk meruntuhkan moral penyokongnya.Penguasa akan bertindak semaksimum mungkin agar majority kemenangan Anwar tipis, ianya akan digunakan sebagai modal untuk merendah-rendahkan kredibilit Anwar dimata rakyat dan dunia.

Bagi aku, ini merupakan pusingan akhir buat ANWAR dan UMNO-BN. Kiranya Anwar menang dengan majority tinggi bermakna misi memburu impiannya berjaya, manakala UMNO-BN terpaksa bungkus dan tutup kedai, begitu juga sebaliknya.

Ayuh rakyat Malaysia! kita berdepan dengan peristiwa yang bakal menjadi sejarah Negara.Mari kita berdoa kehadhrat ilahi agar permudahkan perjalanan menuju kemenangan sekaligus "harapan baru untuk Malaysia" menjadi kenyataan.

"Gendang sudah dipalu tanda perang sudah BERMULA!!!"